Wednesday, March 12, 2008

malaysia baru! politik baru!

sudah banyak hari saya tidak kemaskini blog ini. sibuk, alasan yang paling mudah diberikan. namun begitu, ada juga baiknya saya jarang-jarang kemaskini.. sekurang-kurangnya ada juga idea yang boleh dituliskan di sini.. maklumlah, orang baru melajar menulis..
alhamdulillah.. sudah banyak kerajaan negeri telah berjaya dibentuk, namun ada lagi dalam proses terakhir dan menanti hari.. negeri-negeri yang dikuasai BA juga sudah mula membentuk kerajaan mereka.. percampuran komposisi kaum yang jelas menunjukkan senario politik malaysia telah mengalami perubahan..
ramai kawan-kawan saya melahirkan kekhuatiran yang melayu akan hilang kuasanya.. banyak keistimewaan melayu akan hilang, kata mereka.. namun, sedar atau tidak, Tun Dr Mahathir semasa beliau memerintah kerapkali menyuruh bangsa melayu agar tidak bergantung pada kerajaan, berdikari, jangan meminta subsidi, biasiswa dimansuhkan, tanah rizab melayu dijual, sekolah agama ditarik balik bantuan perkapita, raja melayu disedut kuasa mereka, dan banyak lagi.. semua ini kearah menjadikan bangsa melayu pada kaca mata Tun menjadi bangsa yang berdaya saing.. tapi sayang, hasrat tun gagal menjadikan bangsa melayu seperti yang diharapkan beliau..
namun kini, pola politik malaysia telah berubah.. pengundi tidak lagi terpengaruh dengan sentimen perkauman, melayu sudah mula mengundi pembangkang, mengundi DAP.. Cina india menerima baik PAS, PKR menjadi penghubung.. suasana perkauman sudah mula berubah.. tetapi, kerisauan kawan-kawan agak tidak bertempat.. kenapa tidak diberi peluang dan kepercayaan kepada DAP mentadbir Pulau Pinang? takut Melayu di sana ditindas? apa semasa bn memerintah, melayu tidak ditindas? tiada diskriminasi dikalangan melayu sendiri?
sama ada kita akan terus ketinggalan atau mahu menongkah arus atau ikut sama membina malaysia baru, sama-samalah kita tentukan..

Saturday, March 8, 2008

BA menang, banyak tanggungjawab baru menanti kita..

Alhamdulillah, saya panjatkan syukur kepada Illahi atas kemenangan yang tidak dijangka kepada BA.. setelah kita ditekan oleh segenap penjuru, namun kemenangan untuk kita walaupun tidak menguasai parlimen tetapi menguasai 5 negeri.. PAS,PKR, dan DAP mempunyai satu tugas yang amat berat untuk sama-sama tempuhi sepanjang 5 tahun akan datang.. PAS dan DAP sering kali dikatakan tidak bersetuju dalam beberapa hal, namun hal yang lain masih boleh diberi kerjasama.. pembentukan satu pakatan mantap antara BA amat penting sekali..

PAS dengan negara Islamnya, DAP dengan Malaysian Malaysianya.. banyak pihak tidak optimis dengan kerjasama antara kedua-dua parti ini hinggalah muncul PKR dengan 'aura' DSAI yang masih menyengat dapat menyatukan kedua2 parti ini.. dari sudut mana kedua-dua parti ini boleh bekerjasama? nah! disinilah Allah menguji kedua-duanya..

kita telah disuap dengan mentaliti perkauman sejak kedatangan Inggeris ke tanah melayu, sejak Inggeris membawa masuk imigran dari China dan India.. Pecah-Perintah telah disemai antara kaum-kaum utama ini untuk memudahkan mereka mengaut kekayaan negara.. setelah merdeka, 50 tahun lamanya kita terus dibuai dengan amalan ini hinggalah kini oleh BN.. banyak peristiwa yang membuktikan hal ini, peristiwa 13 mei 1969, ops lalang, cium keris dan sebagainya.. mereka bijak memainkan peranan masing2 seolah-olah merekalah pembela bangsa sendiri walaupun tangan mereka penuh darah anak bangsa sendiri..

hari ini? esok? lusa?

inilah yang sebenarnya ujian dari Allah kepada BA yang mahu memerintah negara pada masa hadapan.. perpaduan antara PAS, PKR, dan DAP.. jangan diubah pegangan ini, tapi belajar menerima antara satu sama lain demi kemenangan yang hakiki.. apapun bukan taraf saya untuk mengajar pemimpin-pemimpin besar tetapi sekadar pandangan dari bawah..

Friday, March 7, 2008

malam terakhir berkempen

di sini saya tidak mahu menceritakan isi ceramah DS Anwar Ibrahim, cumanya saya hanya nak ceritakan suasana di tempat pendengar.. pada saya yang jarang-jarang sangat ikut dengar ceramah ini berasa sedikit kelainan pada ceramah ini berbanding dengan ceramah-ceramah zaman reformasi 1998-1999.. ramai pendengar dari dari kaum india dan cina datang dengar ceramah pada kali ini..

masyarakat melayu? sekitar 10 000 orang agakkan saya.. biasanya yang ramai tu bukan sekadar pendengar/pengundi dun sungai dua @ parlimen tasek gelugor malahan dari kawasan luar seperti sungai bakap, kulim dan sekitarnya..

mat rempit? susah juga nak kategorikan mereka ini berada di sebelah mana.. BA @ BN? dalam ramai-ramai mereka, ada yang tunggang motor tiada berlampu depan, melintasi kem BN mula me'rem-rem'kan motor mereka.. rasa-rasanya dalam 20 orang mereka hanya seorang dua sahaja yang boleh mengundi, itu pun nisbah yang paling tinggi boleh beri..

semasa meronda-ronda sekitar kubang semang, kampung pelet, mengkuang semarak dan kawasan-kawasan lain, kenderaan bertali arus, kebanyakkan ibubapa membawa anak-anak.. semuanya mereka membawa bendera BA, hanya sebuah sahaja kereta yang membawa bendara BN, itupun berhenti di stesen minyak petronas berhampiran..

antara ketiga-tiga senario tadi, pendengar ceramah yang ramai, mat rempit yang ramai, dan ibubapa membawa anak-anak berarak bersama-sama walaupun jam hampir jam 2 pagi ini menjadi petanda perkembangan politik kita walau pun berlaku ketidakadilan yang melampau sangat masih terdapat sedikit cahaya perkembangan warisan demokrasi..

insya Allah esok kita lihat pula situasi proses pengiraan undi di parlimen permatang pauh..

Wednesday, March 5, 2008

Salam perkenalan

Kegemilangan esok bermula hari ini...
Kemusnahan esok juga bermula hari ini...
namun, tanda kegagalan dan kemusnahan esok telah pun terlihat hari ini...
selamat mengundi..